Site icon TechNave BM

Telefon LG tidak akan menerima lagi sebarang kemas kini bermula 30 Jun 2025

LG Electronics telah berhenti menghasilkan telefon pintar sejak 2021, namun syarikat elektronik Korea Selatan itu masih mengekalkan kemas kini dan sokongan kepada telefon-telefon LG sedia ada. Walau bagaimanapun, LG akhirnya mengumumkan bahawa mereka tidak akan lagi menawarkan sokongan dan kemas kini kepada telefon-telefonnya bermula hari Isnin, 30 Jun 2025.

Secara spesifiknya, LG akan menghentikan semua perkhidmatan Mobile Phone Software Upgrade (kemas kini telefon), Update Center (perkhidmatan aplikasi) dan LG Bridge (perisian khas untuk komputer).

LG menggalakkan para pengguna untuk dapatkan kemas kini yang terbaru sebelum 30 Jun. Selepas tarikh tersebut, pengguna tidak boleh lagi mengemas kini telefon mereka.

Selain itu, mereka juga menjelaskan bahawa semua data peribadi yang telah dikumpul akan dilupuskan selepas tarikh tersebut.

Adakah anda merupakan pengguna setia telefon LG? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: LG

Exit mobile version