Site icon TechNave BM

Telefon lipat Google Pixel, Xiaomi dan OPPO akan dilengkapi skrin OLED dari Samsung

Sejak kemunculan telefon boleh lipat yang seiring dengan teknologi terkini seperti dari jenama Motorola dan Samsung, pelbagai jenama lain dilihat turut bakal mengikut jejak untuk membina telefon lipat. Samsung kini dilapor sedang membangunkan paparan OLED boleh lipat untuk beberapa jenama telefon pintar lain.

Berita mengenai telefon pintar boleh lipat jenama dari jenama lain sudah mula muncul dengan kerap di setiap pelusuk media. Sejak tahun 2020 lagi, Xiaomi, OPPO dan Google sudah hadir dengan ura-ura mengenai peranti boleh lipat mereka. Dengan berita Samsung yang membekalkan paparan kepada jenama ini, maka kita mungkin boleh melihat spesifikasi untuk telefon boleh lipat ini pada hari yang akan datang.

Xiaomi dilapor bakal menghasilkan telefon pintar dengan paparan seluas 8.03 inci, manakala OPPO mungkin hadir dengan rekaan seperti Galaxy Z Flip bersama skrin berukuran 7.7 inci. Google pula dilapor menempah skrin OLED boleh lipat dengan saiz berukuran kira-kira 7.6 inci (rekaan boleh lipat ke dalam).

Sebenarnya, kami sudah menjangkakan jenama seperti Xiaomi dan OPPO sememangnya bakal mengeluarkan telefon boleh lipat. Namun, kami agak menanti imej rekaan peranti boleh lipat dari Google Pixel (atau mungkin ada nama lain untuknya).

Kongsikan pandangan anda mengenai berita ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Gambar dari LetsGoDigital

Exit mobile version