Site icon TechNave BM

Telefon lipat HONOR Magic Vs bakal dilancar pada 23 November ini

HONOR mengumumkan telefon boleh lipat terbaharunya HONOR Magic Vs yang akan didedahkan pada Majlis Pelancaran Produk Flagship HONOR China pada 23 November ini. 

HONOR telah melancarkan telefon boleh lipat pertamanya iaitu HONOR Magic V pada awal tahun ini. Walaupun ia tidak dijual di pasaran global, HONOR Magic V membawa kedudukan yang kukuh di China sambil bersaing dengan jenama telefon boleh lipat lain. 

Berdasarkan laporan analisis International Data Corporation (IDC), permintaan terhadap HONOR Magic V semakin meningkat sejak diperkenalkan Januari lalu. Meskipun HONOR hanya memiliki satu model telefon boleh lipat, HONOR Magic V berupaya menguasai 7% pasaran telefon boleh lipat China bagi suku ketiga 2022. 

Adakah rakyat Malaysia dapat melihat telefon boleh lipat baharu HONOR? Ketahui berita terkini HONOR Magic Vs dan peranti-peranti lain di laman web HONOR atau di Facebook HONOR Malaysia.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version