Site icon TechNave BM

Telefon lipat iPhone mungkin hadir dengan skrin yang boleh baik pulih calar sendiri

Industri telefon pintar boleh lipat kini dipelopori jenama terkenal seperti Samsung, HUAWEI dah Motorola. Syarikat lain seperti LG dan HP ada mempatenkan teelfon lipat, tetapi masih tiada bayang kewujudannya. Terkini, Apple turut mempatenkan telefon boleh lipat dengan spesifikasi pelik!

Antara spesifikasi yang memeranjatkan adalah skrin yang boleh membaiki dirinya sendiri. Jika terdapat sedikit kerosakan tertentu seperti calar atau kotoran, skrin akan menjalankan kerja baik pulih tanpa memerlukan bantuan kedai. Fail paten ini dinamakan sebagai “Electronic Devices With Flexible Display Cover Layers”, peranti elektronik dengan lapisan paparan pelindung fleksibel.

Apa pun, syarikat tersebut tidak menunjukkan bagaimana proses skrin tersebut membaik pulih sendiri kerosakannya. Fail paten hanya menyatakan bahawa skrin mungkin dibina berdasarkan bahan yang memungkinkan ciri ini berfungsi.

Perlu diingatkan bahawa fail paten ini tidak semestinya bakal dilancarkan, namun mungkin juga boleh dilancarkan. Anda boleh membaca berita lepas mengenai iPhone 12 yang mungkin dilancarkan pada 13 Oktober ini dengan harga bermula ~RM2,699.

Apakah pandangan anda terhadap telefon lipat Apple? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: AppleInsider melalui Gizmochina

Exit mobile version