Site icon TechNave BM

Telefon lipat pertama OPPO mungkin berbentuk ‘clamshell’, hadir dengan skrin 7 inci!

Kebanyakan syarikat teknologi gergasi dunia sudah mula menghasilkan telefon lipat mereka pada tahun ini. Baru-baru ini, Xiaomi telah melancarkan telefon lipat Mi Mix Fold dan mengikut sumber terbaru, OPPO akan menjadi yang seterusnya.

Mengikut sumber, telefon lipat pertama dari OPPO ini akan hadir dengan reka bentuk ‘clamshell‘ sama seperti Samsung Galaxy Z Flip. Peranti lipat OPPO ini bakal hadir dengan skrin 7 inci pada bahagian dalam.

Peranti ini dikatakan akan menggunakan skrin LTPO yang lebih cekap kuasa, sesuai dengan saiz peranti yang kecil. Jika dibandingkan dengan Galaxy Z Flip dan Moto Razr, peranti ini mungkin lebih lebar dan lebar tinggi. Ia mungkin hadir dengan bateri sebesar 4,000mAh.

Motorola Razr 5G

Manakala skrin luarannya pula dikhabarkan bersaiz 2 inci dan boleh digunakan untuk notifikasi dan beberapa ciri kamera. Untuk spesifikasi lain, ianya masih kekal sebagai sebuah misteri.

Adakah anda berminat dengan telefon lipat OPPO ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version