Site icon TechNave BM

Telefon lipat Samsung Galaxy A sedang dibangunkan, mungkin dilancar pada 2024

Telefon lipat Samsung amat terkenal dengan dua jenis sama ada Samsung Galaxy Z Flip ataupun Z Fold. Tidak lama lagi kami menjangka Galaxy Z flip4 dan Z Fold4 akan dilancarkan. Kini, terdapat laporan baharu mengatakan Samsung mungkin sedang membangunkan telefon lipat Galaxy A untuk dilancarkan pada tahun 2024. 

Maklumat itu didapati daripada South Korean ET News mengatakan bahawa bahagian Samsung Mobile Experience memulakan projek untuk membangunkan pilihan yang lebih murah untuk telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold dan Z Flip. Oleh itu, kami menjangka peranti boleh lipat barisan Galaxy A ini akan membawa beberapa kekurangan dalam beberapa ciri premium kerana kosnya yang lebih murah.

Selain itu, Samsung merancang untuk menjual telefon pintar boleh lipat tahun ini tetapi model standard bagi Galaxy A dan Galaxy S akan dikurangkan. Oleh itu, telefon pintar boleh lipat Samsung tahun ini mungkin akan dijual sebanyak 15 juta dan bukanlah 10 juta seperti yang dijangka sebelum ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version