Site icon TechNave BM

Telefon lipat terbaru HUAWEI Mate X2 sah dilancar 22 Februari ini

Terkini, Presiden Pengguna HUAWEI Richard Yu (Yu Chengdong) baru sahaja mengumumkan tarikh rasmi pelancaran HUAWEI Mate X2 yang akan berlangsung pada 22 Februari 2021.

Melalui siarannya di laman carian Weibo, beliau menyatakan tentang peranti lipat sebelum ini HUAWEI Mate Xs yang masih menjadi peranti lipat terbaik di pasaran dan syarikat akan memberi tumpuan untuk lebih pencapaian dan terus mengoptimumkan pengalaman penggunaan produk mereka.

Menurut khabar angin yang lepas, HUAWEI Mate X2 bakal hadir dengan skrin boleh lipat 8.01 inci beresolusi 2480 x 2220 piksel, manakala paparan hadapan peranti berukuran 6.45 inci dan dijana dengan cipset Kirin 9000.

Kami agak tertarik untuk melihat apakah jenis lipatan dan mekanisme yang digunakan oleh HUAWEI Mate X2 ini. Apakah pandangan anda pula? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Finance Sina

Exit mobile version