Site icon TechNave BM

Telefon lipat Xiaomi mungkin dilancar Mac ini, akan menjadi yang termurah di pasaran

Sejak tahun lalu, Xiaomi telah dikaitkan dengan telefon lipat mereka yang pertama. Xiaomi sendiri pernah menunjukkan prototaip telefon lipat mereka pada awal tahun 2019.

Kini, sumber menyatakan sebuah telefon lipat Xiaomi telah melepasi pensijilan MIIT di China dan ianya mungkin akan memasuki pasaran pada bulan Mac ini.

Peranti Xiaomi ini mungkin akan hadir dengan reka bentuk lipat ke dalam sama seperti Galaxy Z Fold 2 dan HUAWEI Mate X2. Berdasarkan sumber lalu, peranti ini akan menggunakan skrin 8.03 inci OLED yang dihasilkan oleh Samsung. Manakala pada bahagian belakang pula, ia dilengkapi dengan skrin 6.83 inci.

Sumber menyatakan telefon lipat Xiaomi ini akan laris dijual kerana harganya yang berpatutan. Peranti ini dijangka akan menjadi telefon lipat yang termurah di dunia dan dapat menaikkan populariti peranti seperti ini.

Gambar telefon lipat Xiaomi yang tertiris sebelum ini

Adakah anda berminat dengan peranti lipat Xiaomi ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version