Site icon TechNave BM

Telefon lipat Xiaomi mungkin dilancar sebagai Mi MIX 4 Pro dengan rekaan lipatan ke luar

Xiaomi adalah antara syarikat yang dikhabarkan akan melancarkan telefon lipat mereka pada tahun ini. Terbaru, sumber memberitahu telefon lipat Xiaomi ini mungkin akan dilancar di bawah siri Mi MIX.

Berdasarkan sumber, peranti ini mungkin akan diberi nama Mi MIX 4 Pro Max. Ini tidak mengejutkan kerana siri Mi MIX ini sentiasa dikaitkan dengan siri yang membawakan teknologi dan ciri yang baru.

Eksekutif dari DIsplaySearch

Selain itu, sumber juga menyatakan Xiaomi mungkin akan melancarkan dua telefon lipat pada tahun ini iaitu Mi MIX 4 Pro Max dan sebuah lagi model yang belum dinamakan. Mi MIX 4 Pro Max dikhabarkan akan menggunakan skrin dari TCL dan mempunyai reka bentuk ke luar, sama seperti HUAWEI Mate XS.

Manakala untuk sebuah lagi model, ia akan menggunakan skrin dari Samsung dengan reka bentuk ke dalam, sama seperti telefon lipat Samsung Z Fold2 dan HUAWEI Mate X2. Model ini mungkin akan dilancar hujung tahun ini selepas pelancaran Mi MIX 4 Pro Max.

Sebelum ini, Xiaomi pernah menunjukkan prototaip telefon lipat mereka pada tahun 2019, namun sehingga kini mereka belum lagi melancarkan sebarang telefon lipat secara komersial.

Adakah anda berminat dengan telefon lipat dari Xiaomi ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version