Site icon TechNave BM

Telefon murah Xiaomi, vivo dan OPPO dilengkapi Exynos bermula tahun 2021

Sebuah laporan dari negara Korea Selatan telah menyatakan bahawa Samsung sedang merancang untuk membekalkan pemproses aplikasi (AP) Exynos kepada Xiaomi, OPPO dan vivo bermula tahun 2021. Lebih menarik, ia bakal menjana peranti kelas permulaan dari jenama-jenama yang dinyatakan.

Peranti kelas permulaan adalah peranti yang hadir dengan harga berpatutan. Samsung dijangka membekalkan Exynos kepada jenama-jenama yang disebutkan pada awal pertengahan tahun 2021. Untuk segmen peranti premium pula, Qualcomm masih lagi menjadi pembekal utama, namun janaan Exynos kali pertama ini mungkin jadi langkah permulaan untuk Exynos menjana peranti premium pada masa akan datang.

Tambah sumber, sementara HUAWEI masih mempunyai beberapa sekatan tertentu, Xiaomi dan OPPO memerlukan bekalan cipset tambahan untuk mengembangkan penghasilan telefon pintar. Kewujudan Exynos yang sudah lama dan agak kuat dalam industri ini boleh menarik perhatian pembangun telefon pintar China.

Rasanya tidak ada masalah jika kita menggunakan peranti kelas permulaan dengan Exynos memandangkan pengguna di Malaysia sudah terbiasa dengan janaan Exynos dalam peranti Samsung. Luahkan pendapat anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak berita lepas yang menarik mengenai Samsung disini!

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version