Site icon TechNave BM

Telefon Nokia baharu dapat pensijilan FCC, mungkin tampilkan cipset Unisoc dan kamera 50MP

Nokia sentiasa berusaha keras untuk membangunkan peranti mudah alih kepada pengguna. Untuk tahun 2022 ini, syarikat itu mungkin memulakan dengan telefon pintar baharu peringkat permulaan.

Menurut Nokiapoweruser, telefon pintar Nokia baharu telah diperakui oleh FCC Amerika Syarikat (AS) yang akan hadir dalam dua versi. Terdapat juga sejumlah enam varian iaitu TA-1418, TA-1404, TA-1412, TA-1415, TA-1405 dan TA-1401. Dengan pensijilan FCC, telefon ini dijangka muncul di acara CES 2022 pada minggu akan datang.

Dari segi spesifikasi teknologi, versi pertama (TA-1404) ialah versi dwi-SIM yang mempunyai RAM 4GB dan storan 128GB manakala versi kedua membawa SIM tunggal yang disertakan dengan dua konfigurasi iaitu RAM 3GB + storan 64GB dan RAM 4GB + storan 128GB. Kedua-dua versi ini akan mempunyai tri-kamera belakang 50MP+2MP+2MP, kamera hadapan 8MP dan bateri 4,900mAh. Selain itu, telefon ini berkemungkinan akan menggunakan cipset Unisoc.

Terdapat jangkaan ia mungkin termasuk dalam siri Nokia C (mungkin Nokia C40). Kami masih menunggu maklumat seterusnya untuk mengesahkan peranti baharu ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNaveEN

Exit mobile version