Site icon TechNave BM

Telefon OPPO dengan kamera bawah skrin tertiris sekali lagi!

Pada bulan Disember tahun lepas, OPPO telah menunjukkan prototaip sebuah telefon mereka yang dilengkapi dengan kamera bawah skrin pada acara Future Technology Conference 2019 di Senzhen, China. Kini, prototaip telefon OPPO dengan teknologi kamera bawah ini tular di dalam talian sekali lagi.

Teknologi kamera bawah skrin ini pertama kali digunakan oleh syarikat ZTE pada telefon Axon 20 5G nya yang telah dilancarkan beberapa bulan yang lepas. Namun, penerimaan orang ramai terhadap telefon tersebut tidak memberangsangkan kerana kualiti kamera swafotonya tidak seperti yang dijangkakan.

Telefon OPPO yang tertiris ini dilihat mempunyai reka bentuk skrin tanpa takut dengan kamera swafoto dalam skrin. Kamera belakangnya tidak ditunjukkan, namun ianya dijangka akan menggunakan rekaan berbentuk bulat.

Selain OPPO, Xiaomi juga dikhabarkan sedang menghasilkan teknologi kamera bawah skrin. Peranti dengan teknologi ini dijangkakan bakal memasuki pasaran seawal tahun hadapan.

Adakah kemunculan kali kedua ini memberi petunjuk akan pelancarannya tidak lama lagi? Komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version