Site icon TechNave BM

Telefon pertama dengan kamera swafoto bawah skrin akan dilancar di Malaysia pada Disember 2020

Pada bulan September, ZTE telah melancarkan ZTE Axon 20 5G iaitu telefon komersial pertama di dunia yang dilengkapi kamera swafoto di bawah skrin. Ini bermaksud sebarang lensa untuk kamera swafoto tidak akan kelihatan pada skrinnya, kerana ia tersembunyi di sebalik skrin.

Kini maklumat terbaru mengatakan ZTE Axon 20 5G bakal dilancarkan di Malaysia pada bulan ini. Tarikhnya masih belum diperincikan namun sumber mengatakan ia akan dilancar sekitar musim perayaan Hari Natal.

Kamera swafoto 32MP dalam telefon ini berada di bawah skrin OLED Full HD+ berukuran 6.92 inci dengan kadar segar semula 90Hz. Daripada segi spesifikasi, ia dilengkapi Snapdragon 765G, RAM 8GB, storan 128GB, penyejukan cecair dengan gentian karbon (carbon nanofiber), pengecasan pantas 30W, bateri 4,220mAh dan empat kamera AI.

Harganya di China adalah CN¥2,498 (~RM1,516) untuk varian memori 8GB+128GB. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon unik ini kelak dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version