Site icon TechNave BM

Telefon pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1+ mungkin akan dilancar pada bulan Jun 2022

Qualcomm dikhabarkan bakal melancarkan cipset telefon pintar andalan seterusnya, Snapdragon 8 Gen 1+, tidak lama lagi dan telefon-telefon pertama yang akan dilengkapi cipset tersebut mungkin akan diumumkan pada bulan Jun 2022.

Menurut pengkhabar berita teknologi Yogesh Brar, lapan telefon bakal dilengkapi cipset tersebut termasuklah dalam Samsung Galaxy Z Fold4, OnePlus Ultra, siri Xiaomi 12, vivo X80 Pro+ dan Motorola Frontier. Snapdragon 8 Gen 1+ dikhabarkan akan mempunyai kecekapan yang lebih tinggi berbanding Snapdragon 8 Gen 1, di mana penjanaan habanya boleh dikurangkan.

Selain itu, beliau turut mengatakan bahawa telefon-telefon terakhir yang mempunyai cipset Snapdragon 888 serta Snapdragon 8 Gen 1 bakal dilancar pada bulan Julai 2022.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan cipset ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version