Site icon TechNave BM

Telefon pertama di dunia dengan kamera dalam skrin mungkin bukan telefon ‘flagship’!

Telefon pintar pertama di dunia dengan kamera dalam skrin mungkin bukan sebuah telefon flagship. Ini mungkin sedikit pelik tetapi kemungkinan untuk perkara ini berlaku adalah besar. Sumber melaporkan sebuah syarikat dari China, ZTE akan menjadi syarikat telefon pintar pertama di dunia yang akan melancarkan telefon dengan kamera dalam skrin.

Telefon ini mungkin akan hadir dengan nama ZTE Axon 20 5G dan ianya telah muncul di TENAA, pengawal selia komunikasi di China baru-baru ini. Di TENAA, telefon ini datang dengan nama model ZTE A2121 dan dilihat menggunakan cipset dengan clock speed 2.4GHz. Ini memberi petunjuk bahawa telefon ini tidak akan hadir dengan cipset Snapdragon 865 atau 865 Plus yang mempunyai clock speed antar 2.8 dan 3.1 GHz.

Telefon ini dijangka akan dilengkapi dengan cipset kelas pertengahan Snapdragon 765G yang menyokong 5G. Untuk spesifikasi yang lain pula, ia mungkin akan hadir dengan skrin OLED 6.92 inci, 4 kamera pada bahagian belakang dengan kamera utama 64MP, bateri 4,120 mAh, sokongan storan tambahan, dan pilihan RAM sehingga 12GB serta storan sebesar 256GB.

Kamera dalam skrin yang bakal digunakan oleh peranti ZTE ini adalah kamera bersaiz 32 Megapixel. Peranti ini juga akan hadir dengan perisian Android 10 dan sensor cap jari dalam skrin.

Bagaimana dengan teknologi baru akan hadir pada telefon pintar ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version