Site icon TechNave BM

Telefon pertama Nothing akan dilancar pada pertengahan tahun ini

Nothing adalah sebuah jenama teknologi yang dilancarkan oleh bekas pengasas OnePlus, Carl Pei, pada tahun 2021 dan setakat ini ia baru melancarkan sebuah produk iaitu fon telinga wayarles Nothing ear (1).

Kini Carl telah mengumumkan produk terbaru yang akan dilancar oleh Nothing iaitu telefon pintar Nothing phone (1) yang bakal menjadi telefon pertama oleh jenama tersebut. Beliau mengatakan telefon itu bakal menggunakan sistem operasi Android yang diubah suai dan dinamakan sebagai Nothing OS.

Jika anda berminat untuk mencuba Nothing OS, ia boleh dimuat turun untuk beberapa telefon terpilih bermula April ini. Carl menjanjikan pengalaman yang lebih lancar, pantas, ringan dan rekaan UI dot matrix yang sering digunakan dalam pengiklanan Nothing.

Setakat ini, tiada spesifikasi telefon telah disahkan oleh Nothing namun mereka bakal bekerjasama dengan syarikat teknologi lain seperti Qualcomm, Samsung, Sony dan Visionox bagi menghasilkan telefon tersebut. Carl juga menyentuh tentang fungsi dynamic RAM caching yang membenarkan aplikasi untuk dibuka dengan lebih pantas.

Carl akan berkongsi lebih lanjut tentang telefon tersebut pada musim panas ini (antara bulan Jun hingga September) dan menjamin bahawa ia akan menerima kemas kini OS selama tiga tahun dan dan kemas kini keselamatan selama empat tahun.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon Nothing dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version