Berita mengenai spesifikasi Xiaomi Mi 11 telah mula menular sejak beberapa minggu yang lepas. Sementara Xiaomi masih belum mngumumkan tarikh rasmi pelancarannya, terdapat sumber tidak rasmi yang mendedahkan tarikh pelancaran peranti pertama Snapdragon 888 ini iaitu pada 29 Disember 2020.
Jika benar, tarikh pelancaran ini adalah selari dengan khabar angin sebelum ini yang menyatakan bahawa Xiaomi Mi 11 bakal dilancar pada bulan Disember 2020. Memandangkan jangkaan tarikh pelancaran 29 Disember untuk Xiaomi Mi 11 setakat ini masih tidak rasmi, kita perlu menunggu maklumat dari pihak Xiaomi sendiri.
Sepintas lalu, Xiaomi Mi 11 mungkin dilengkapi paparan melengkung AMOLED 120Hz, kamera utama 108MP + 13MP ultra lebar + 5MP makro dan pengecasan pantas 55W. Kami juga telah memaklumkan mengenai pendedahan gambar reka bentuknya pada berita yang lepas.
Apakah pandangan anda mengenai Xiaomi Mi 11? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizmochina

