Site icon TechNave BM

Telefon pintar andalan realme yang seterusnya adalah realme GT

[Kemas kini, 6:40pm] Eksekutif realme Xu Qi Chase telah berkongsi beberapa gambar dan tulisan di Weibo tentang kereta Nissan GT-R, mengukuhkan lagi nama telefon realme GT sebagai peranti realme andalan seterusnya.

[Berita asal, 9:30am] Setakat ini, realme masih belum melancarkan telefon kelas andalan (flagship) yang dilengkapi cipset tercanggih, Snapdragon 888. Sebelum ini, media melaporkan bahawa telefon andalan realme yang seterusnya adalah mempunyai kod nama realme Race dan kini sumber terbaru mengatakan bahawa nama rasminya adalah realme GT.

Sumber Digital Chat Station turut mengatakan bahawa realme GT merupakan sebuah telefon gaming, dengan kadar segar semula skrin setinggi 160Hz dan pengecasan pantas 125W iaitu pengecasan terpantas dalam industri yang mengambil masa hanya lima minit untuk mengecas bateri 4,000mAh sebanyak 41%.

Minggu lalu, sebuah peranti realme dengan nombor model RMX2202 telah dikesan dalam TENAA di mana ia menampilkan corak berbentuk V di belakangnya. Selain cipset Snapdragon 888, realme GT dijangka akan dilengkapi RAM LPDDR5 12GB, skrin 6.8 inci dengan resolusi 1440×3200, kamera 64MP+13MP+13MP dan bateri 5,000mAh.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version