Site icon TechNave BM

Telefon pintar baru dari Honor muncul di TENAA, dengan kamera utama 48MP

Kamera yang baik dilihat sebagai keperluan untuk telefon pintar pada hari ini. Justeru Honor sentiasa memberikan yang terbaik terutama untuk peranti yang baru. Penyenaraian di TENAA menunjukkan bahawa Honor mempunyai peranti baru yang berpatutan dilengkapi dengan kamera utama 48MP yang mengagumkan, bersama dengan spesifikasi lain serta sesuai dengan peranti untuk tahun 2020.

Penyenaraian baru ini menunjukkan telefon pintar 4G baru dengan nombor kod AKA-ALA10. Ia mempunyai cipset dengan CPU pada 2GHz, sehingga 6GB RAM, serta 128GB storan dalaman, paparan IPS 720p 6.39 inci, dan bateri 3900mAh. Berdasarkan spesifikasi, cipset peranti ini adalah Helium P22 MediaTek, yang menempatkan CPU octa-core menggunakan teras 2GHz Arm Cortex-A53.

Lebih penting lagi, penyenaraian TENAA merekodkannya sebagai peranti dengan kamera dwi-belakang terdiri daripada lensa utama 48MP serta lensa sensor dalaman 2MP. Manakala, bagi bahagian hadapan ia menggunakan kamera selfie 8MP. Selain itu, ia juga dikenali sebagai Android 10.

Selain itu, mungkin Honor 9A atau 9S yang baru akan muncul untuk tahun ini. Adakah anda menantikan peranti terbaru daripada Honor untuk tahun 2020 ini?

Berikan komen anda berkenaan berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version