Site icon TechNave BM

Telefon pintar BlackBerry dengan papan kekunci fizikal bakal datang semula tidak lama lagi

Seperti yang anda tahu, jenama BlackBerry adalah jenama telefon yang terkemuka pada awal 2000-an. Namun, ia tidak lagi begitu dan telah menjadi sebahagian dari Onward Mobility sejak bulan Ogos tahun lalu. Terbaru, syarikat tersebut telah melancarkan program baru menandakan kedatangan telefon pintar BlackBerry dalam masa yang terdekat.

Program ini adalah langganan yang akan berikan matlumat terbaru mengenai produk, ciri baru dan keberadaan peranti sebelum ianya disiarkan ke awam. Program ini juga mengesahkan bahawa sebuah telefon pintar BlackBerry 5G kini sedang dalam pembikinan.

Untuk pengetahuan anda, syarikat Onward Mobility mempunyai pengalaman dalam sekuriti perisian namun tidak mempunyai kemahiran pada perkakas telefon pintar. Disebabkan itu, mereka meminta bantuan dari syarikat telekomunikasi dan ‘influencer‘ yang lebih memahami kehendak pengguna.

Apa pun, mari kita tunggu dan lihat telefon pintar BlackBerry ini. Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version