Site icon TechNave BM

Telefon pintar boleh lipat HUAWEI didedah: Mungkin dilancarkan pada bulan Disember ini

Larangan daripada Amerika Syarikat tidak menghalang HUAWEI untuk mengeluarkan telefon pintar baharu. Beberapa hari yang lalu, terdapat berita mengatakan syarikat itu sedang membangunkan telefon pintar boleh lipat. Reka bentuk peranti ini mungkin seperti RAZR Motorola dan siri Samsung Galaxy Z Flip.

Menurut sumber, syarikat itu sedang mengusahakan engsel baharu dan berkata mereka bersedia untuk melancarkan produk menggunakan engsel ini. HUAWEI boleh lipat direka bentuk seperti kulit kerang dengan pelbagai warna. Siaran Weibo juga menunjukkan beberapa pendedahan, namun masih tiada pengesahan yang boleh dipercayai.

Dalam laporan terbaru, telefon pintar boleh lipat HUAWEI telah memasuki pengeluaran besar-besaran sejak awal tahun ini. Ia dijangka dilancarkan pada bulan Disember ini atau Januari 2022. Sangat mengagumkan dengan usaha HUAWEI untuk mengeluarkan telefon bimbit baharu dengan kekangan yang mereka lalui. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version