Site icon TechNave BM

Telefon pintar China LeBest X14 Pro Max kelihatan seperti klon iPhone

Jenama Android dan pembuat telefon pintar lain sering mendapat kecaman kerana didakwa meniru reka bentuk iPhone Apple. LeBest X14 Pro Max adalah peranti terbaharu yang kelihatan membawa banyak ciri reka bentuk seperti iPhone pada harga $150 (~RM667). Nama “X14 Pro Max” sudah cukup jelas menyatakan peniruan iPhone 14 Pro Max yang akan datang.

Peranti ini mempunyai susunan kamera belakang yang disusun seperti iPhone 12 Pro dan iPhone 13 Pro, tiga lensa disusun dalam segi tiga, flash LED di atas lensa kanan dan potongan kelihatan seperti pengimbas LiDAR di bawahnya. Sama seperti iPhone 11 Pro, 12 Pro dan 13 Pro, peranti ini mempunyai bingkai keluli tahan karat yang digilap dan kaca di bahagian belakang.

Pilihan warna kelabu “Graphite”, perak, emas dan “Sapphire Blue” jelas meniru Sierra Blue Apple mencerminkan ‌iPhone 13 Pro‌. Paling menarik sekali, LeBest menggunakan kertas dinding (wallpaper) yang sama seperti iPhone 13 Pro pada X14 Pro Max.

Namun, LeBest X14 Pro Max masih membawa sedikit perbezaan di mana bahagaian belakangnya membawa paparan di sebelah susunan kamera, potongan lubang tebuk (punch-hole) untuk kamera hadapan, sokongan untuk pengecasan pantas 40W, pengimbas cap jari yang di sisi dan kamera belakang 16MP.

Sebagai peranti bajet, ia juga jauh lebih rendah daripada ‌iPhone‌ daripada segi perkakasan dan spesifikasi. Peranti ini menggunakan paparan LCD 6.5 inci dengan resolusi 2340 x 1080 piksel, kadar penyegaran semula 60Hz dan kamera hadapan 8MP. Peranti ini direka bentuk untuk menggunakan HUAWEI Mobile Services sebagai alternatif kepada Google.

Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Macrumors

Exit mobile version