Site icon TechNave BM

Telefon pintar ‘gaming’ Lenovo Legion mungkin dilengkapi kamera ‘pop-up’ di bahagian sisi

Sebelum ini Lenovo telah pun memberi sedikit maklumat tentang telefon gaming Legion. Kini terdapat pula khabar bahawa telefon pintar tersebut akan dilengkapi sebuah kamera selfie pop-up di bahagian sisi.

Menurut beberapa tangkapan skrin (screenshot) daripada sebuah video promosi, sebuah kamera selfie pop-up 20MP kelihatan diletakkan di bahagian sisi telefon. Jika maklumat ini benar, ini bermaksud Lenovo adalah syarikat pertama yang mengeluarkan rekaan sedemikian.

Ini mungkin bagi memudahkan pengguna untuk menyiarkan diri mereka secara langsung (live stream) sewaktu bermain game. Selain itu, skrin juga boleh didekasikan sepenuhnya untuk paparan imej dan tiada lagi takuk (notch) atau lubang punch hole yang mengganggu pada skrin. Untuk gamers, ini tentunya amat berguna kerana mereka memerlukan paparan imej sebanyak mungkin.

Daripada segi spesifikasi, Lenovo Legion dikhabarkan akan dilengkapi cipset Snapdragon 865, storan UFS 3.0, RAM LPDDR5, skrin 144Hz dan dwi kamera 64MP+16MP.

Beritahu kami di Facebook jika telefon pintar gaming pertama daripada Lenovo ini menarik perhatian anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: XDA Developers

Exit mobile version