Site icon TechNave BM

Telefon pintar Huawei dengan HarmonyOS mungkin akan tiba tidak lama lagi

Awal bulan ini, CEO Huawei bahagian kepenggunaan Richard Yu mengatakan telefon pintar dan jam tangan pintar terbaru daripada syarikat itu akan dilengkapi dengan sistem operasi HarmonyOS. Menurut sumber, telefon pintar dengan sistem operasi itu akan tiba tidak lama lagi pada tahun ini.

Huawei sebelum ini menangguhkan pelancaran telefon yang dilengkapi sistem operasi tersebut kerana ia tidak menyokong banyak aplikasi dan mungkin tidak akan diterima oleh pengguna. Namun memandangkan Huawei Mobile Services (HMS) kini sedang dibangunkan dengan pantas, HarmonyOS tidak lagi mempunyai masalah tersebut.

Ini mungkin adalah langkah yang tepat buat Huawei, memandangkan perantinya tidak boleh dilengkapi dengan Google Mobile Services (GMS) dan mungkin juga mana-mana sistem operasi daripada Amerika Syarikat. HarmonyOS bakal menjadi sistem operasi untuk semua produk Huawei termasuk komputer riba, tablet, telefon pintar dan jam tangan pintar.

Adakah anda teruja untuk menggunakan perantik elektronik dengan ekosistem HarmonyOS? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: IT Home

Exit mobile version