Site icon TechNave BM

Telefon pintar Infinix seterusnya mungkin dilengkapi kamera 108MP dan lens periskop

Sebelum ini, Infinix pernah menggegarkan industri telefon pintar dengan menghasilkan telefon yang dilengkapi pengecasan pantas 160W, namun produk itu hanyalah sekadar konsep sahaja dan bukanlah bertujuan untuk dijual secara komersial. Kini, terdapat maklumat awal yang menunjukkan spesifikasi telefon andalan seterusnya oleh Infinix.

Sumber telah berkongsi beberapa gambar untuk telefon Infinix yang akan datang, di mana ia dilengkapi modul kamera yang mempunyai lens periskop. Lens tersebut mempunyai jarak fokal 125mm dengan pembesaran (magnification) 5x dan apertur f/3.4.

Kamera utama telefon ini pula mempunyai resolusi 108MP yang mungkin dilengkapi sensor Samsung dan menyokong penstabilan imej optikal (OIS). Satu lagi lensa dalam telefon ini adalah kamera ultra-lebar dengan jarak fokal 13mm.

Setakat ini masih tiada maklumat tentang pelancaran telefon Infinix ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version