Site icon TechNave BM

Telefon pintar kamera hadapan cecah 100MP bakal hadir, swafoto lebih padu

Mungkin sesetengah pengguna tidak mementingkan lensa kamera hadapan di telefon pintar, atau lebih dikenali sebagai lensa swafoto kerana ia biasanya hanya digunakan untuk tujuan swafoto. Namun, terkini industri telefon pintar bakal menerima peranti dengan kamera hadapan mencecah 100MP.

Maklumat ini bukanlah maklumat rasmi, namun ia tidak boleh disangkal sepenuhnya memandangkan ia hadir daripada pendedah maklumat terkenal di laman carian Weibo. Menurutnya, swafoto 100MP bakal hadir dan meningkatkan kecantikan anda.

Setakat ini, lensa yang mencecah 100MP hanyalah lensa utama yang berada di panel belakang seperti lensa 108MP pada Samsung Galaxy S21 Ultra, beberapa siri Xiaomi Mi 10 dan beberapa peranti lain. Kami tidak pasti bagaimanakan lensa mencecah 100MP bakal dimuatkan ke bahagian hadapan berdekatan skrin, atau adakah ianya bakal menggunakan mekanisme tertentu.

Setakat ini, kami tidak dapat memastikan kesahihan maklumat ini, namun anda boleh menjangkakan berita lebih lanjut mengenainya pada hari yang akan datang. Beritahu pendapat anda mengenai jangkaan ini di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Digital Chat Station

Gambar dari vivo

Exit mobile version