Site icon TechNave BM

Telefon pintar milik netizen ini meletup sewaktu dicaskan pada tengah malam

Seorang pengguna Facebook bernama Dayang Esma Juliana telah memuat naik gambar-gambar telefon pintarnya yang hangus selepas ia meletup dan terbakar sewaktu dicaskan pada pukul 2.00 pagi.

Dalam gambar yang telah dikongsi lebih 2,000 kali itu, beliau menghuraikan letupan itu menghasilkan bunyi yang sangat kuat sehingga beliau terbangun daripada tidur. Api yang terhasil daripada letupan itu pula sangat besar dan mengeluarkan asap hitam. Mujur suaminya berjaya menangani kejadian itu dan api itu tidak menjadi lebih marak.

Masih tidak pasti apakah model telefon yang digunakan dan sebab ia terbakar secara tiba-tiba. Telefon pintar di Malaysia biasanya dilengkapi ciri keselamatan yang disahkan oleh SIRIM untuk mengelakkan sebarang litar pintas dan kebakaran sewaktu pengecasan.

Walaupun ini hanyalah sebuah kes terpencil, pengguna perlu mengamalkan langkah-langkah berjaga dalam penggunaan alat elektronik untuk mengelakkan kejadian serupa daripada berlaku. Kongsi nasihat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook

Exit mobile version