Site icon TechNave BM

Telefon pintar nubia dengan Snapdragon 888 dikesan dalam Geekbench

Dengan pelancaran Mi 11 sebagai telefon pertama dengan cipset Snapdragon 888, kini pelbagai jenama telefon Android sedang bersiap sedia untuk melancarkan telefon yang dilengkapi cipset telefon andalan tersebut. Antara jenama yang akan melancarkan telefon Snapdragon 888 dalam masa terdekat adalah nubia yang sudah mempunyai telefon di dalam perkhidmatan penanda aras Geekbench.

Telefon dengan nombor model nubia XN669J telah muncul dalam Geekbench di mana ia dilengkapi cipset Snapdragon 888, RAM 8GB dan sistem operasi Android 11. Cipset tersebut boleh dikesan daripada nama papan induk (motherboard) “lahaina” iaitu kod nama oleh Qualcomm untuk Snapdragon 888.

Telefon ini mungkin adalah Red Magic 6, produk andalan terbaru daripada nubia selepas Red Magic 5S yang dilancar pada Julai 2020. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Geekbench

Exit mobile version