Site icon TechNave BM

Telefon pintar OPPO, realme dan OnePlus bakal dilengkapi pengecasan pantas 125W seawal bulan Julai ini

Pada tahun lalu, OPPO dan realme telah menunjukkan teknologi pengecasan pantas 125W mereka yang mampu untuk mengecas bateri 4,000mAh sehingga 33% dalam masa 3 minit sahaja. Terbaru, mereka dikatakan bakal menggunakan teknologi ini pada telefon pintarnya tidak lama lagi.

Sumber menyatakan bahawa OPPO, realme dan OnePlus bakal melancarkan telefon mereka yang menyokong pengecasan pantas 125W pada separa kedua tahun ini (H2 2021). Teknologi pengecasan pantas 125W ini dikhabarkan akan menyokong pengecasan VOOC, Dart, Warp, SuperVOOC, SuperVOOC 2.0 dan SuperDart. Selain itu, ia juga akan menyokong pengecasan Power Delivery (PD) 65W dan Quick Charge (QC) 36W.

Pengecasan pantas 125W dari OPPO

Sebelum ini, CEO realme India, Madhav Sheth pernah mengacah pengecasan pantas 125W UltraDART di Eropah. Namun, sehingga kini tiada lagi peranti dengan teknologi tersebut telah dilancarkan.

Adakah anda menantikan telefon pintar dengan teknologi pengecasan pantas 125W ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version