Site icon TechNave BM

Telefon pintar percuma daripada Samsung Malaysia sempena Tahun Baru Cina

Musim perayaan merupakan satu peluang keemasan untuk orang ramai mendapatkan apa yang dihajati. Kebiasaannya, pelbagai jenama akan memberi tawaran dan potongan harga yang hebat. Begitu juga dengan Samsung yang merupakan sebuah jenama telefon pintar besar.

Bermula dari sekarang hingga 16 Februari 2020, Samsung Malaysia akan memberikan 1,094 unit telefon pintarnya secara percuma untuk rakyat Malaysia. Hadiah percuma 1,094 unit telefon pintar itu terdiri daripada 18 unit Galaxy Fold, 388 unit Galaxy A50 dan Galaxy A30 yang menjumlahkan nilai sehingga RM1.2 juta.

Untuk memenangi hadiah percuma tersebut, anda boleh mengikuti langkah-langkah seperti yang tertera di bawah:

  1. Beli model telefon pintar flagship (Galaxy Fold, Galaxy Note 10/ 10+, Galaxy S10/ S10e/ S10+, Galaxy Note9, Galaxy S9/ S9+), siri Galaxy A (A70/ 80, A10s/ A20s/ A30s/ A50s) dan tablet Galaxy Tab (S6, S5e, Galaxy Tab A (dengan S Pen 8.0), Galaxy Tab A 10.1/ 10.1 dengan Wifi 6, Galaxy Tab A 8.0 2019).
  2. Hantar maklumat dan resit kepada https://www.samsung-redemption.com/my/login dengan gambar kreatif yang bertemakan tahun tikus (Year of Rat).
  3. Pemenang akan dipilih dan diumumkan setiap minggu.

Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat mengenai hadiah percuma ini, anda boleh mengunjungi laman web Samsung Malaysia rasmi. Adakah anda ingin menyambar hadiah ini? Beritahu di laman Facebook kami dan nantikan berita tawaran hebat melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version