Site icon TechNave BM

Telefon pintar Samsung Galaxy M yang seterusnya mungkin adalah Galaxy M62

Samsung merancang untuk melancarkan lebih banyak telefon pintar kelas pertengahan dalam siri Galaxy M, di samping Galaxy A. Kini, media melaporkan bahawa telefon Galaxy M yang seterusnya adalah Samsung Galaxy M62 dan ia mungkin dilengkapi spesifikasi yang agak tinggi seperti memori dan bateri besar.

Galaxy M62 bukanlah nama rasmi, namun telefon ini mempunyai kod model SM-M625F dan berdasarkan kod model untuk siri Galaxy M sebelum ini, ia mungkin akan dinamakan sebagai Galaxy M62. Sumber turut mengatakan ia akan dilengkapi storan 256GB, iaitu storan dalaman tertinggi untuk siri Galaxy M pada waktu ia dilancarkan.

Galaxy M51 yang dilancarkan pada September lalu dilengkapi bateri besar 7,000mAh, jadi Galaxy M62 mungkin akan dilengkapi bateri dengan kapasiti serupa. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy M yang seterusnya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SAMMobile

Exit mobile version