Site icon TechNave BM

Siri HONOR 50 sah akan dilancar 16 Jun ini

Terbaru, HONOR mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar siri HONOR 50 tidak lama lagi. Ia akan diperkenalkan di sebuah acara pelancaran yang berlangsung di Shanghai pada 16 Jun ini.

HONOR dilihat telah memuat naik sebuah video di media sosial Weibo yang mengacah kehadiran siri HONOR 50. Ia tidak menunjukkan sebarang spesifikasi peranti tersebut namun, reka bentuk modul kameranya dapat dilihat sekilas pintas.

Pada siri kali ini, HONOR dikhabarkan akan melancarkan tiga model iaitu HONOR 50, HONOR 50 Pro dan HONOR 50 Pro+. Sebelum ini, mereka telah memberitahu bahawa HONOR 50 akan dilengkapi cipset Snapdragon 778G. Manakala untuk model Pro dan Pro+, ia masih kekal misteri, namun sumber mengatakan bahawa model ini mungkin akan menggunakan cipset Snapdragon 888.

Untuk spesifikasi HONOR 50 Pro+, selain cipset Snapdragon 888, ia juga dikhabarkan akan hadir dengan skrin 6.79 inci AMOLED 120Hz beresolusi QHD+, RAM LPDDR5 8GB, storan UFS 3.1 128GB, bateri 4,400mAh dan pengecasan pantas 66W serta pengecasan wayarles 50W.

Ia juga dikatakan akan menggunakan dua kamera pada bahagian depan iaitu kamera 32MP dan kamera 8MP. Manakala pada bahagian belakang pula, ia mungkin dilengkapi kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 13MP, kamera telefoto 8MP dan sensor 3D ToF.

Lukisan reka bentuk HONOR 50

Ketiga-tiga model dari siri ini dijangka akan hadir dengan sokongan Google Mobile Services (GMS). Untuk pilihan warna pula, HONOR 50 dikhabarkan akan menawarkan tiga warna iaitu kuning, biru dan ungu.

Adakah anda menantikan telefon HONOR ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version