Site icon TechNave BM

Telefon pintar Xiaomi misteri dengan cas pantas 100W hadir bulan hadapan

Semalam, pendedah maklumat terkenal di laman Weibo telah memberi kejutan untuk peminat Xiaomi. Menurutnya, terdapat telefon pintar misteri Xiaomi yang dilengkapi cas pantas 100W telah memasuki peringkat penghasilan.

Melalui hal tersebut, ia dijangka bakal dilancarkan pada bulan Ogos 2020. Peranti dengan pengecasan pantas ini tidak diketahui nama dan spesifikasinya yang lain. Walaupun hal ini dimaklumkan oleh sumber tidak rasmi, namun ianya tidak mustahil kerana kami juga pernah memaklumkan mengenai cas pantas 100W Xiaomi.

Sumber di laman Weibo

Setakat ini, hanya desas-desus mengenai Xiaomi Mi 10 Pro Plus yang tampil di internet. Ia dikatakan bakal hadir dengan Snapdragon 865 Plus yang terbaru. Mungkinkah peranti misteri ini ialah Xiaomi Mi 10 Pro Plus? Terdahulu, realme, OPPO dan iQOO juga bakal lancarkan cas pantas berkuasa tinggi.

Apa pun, perlu diingatkan bahawa kesemua maklumat ini bukanlah dari sumber rasmi. Beritahu jangkaan dan pandangan anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version