Site icon TechNave BM

Telefon realme dikesan dalam TENAA, mungkin dilengkapi Snapdragon 870

Sebuah lagi telefon pintar realme telah dikesan dalam pengiktirafan Telecommunications Equipment Network Acceptance Agency (TENAA) di China, di mana ia dilengkapi spesifikasi kelas pertengahan premium yang agak menarik.

Telefon ini mempunyai nombor model RMX3366 dan ia sebenarnya telah pun dikeluarkan daripada TENAA, namun seorang pengguna Weibo berjaya mengambil tangkapan skrin untuk spesifikasi telefon itu.

TENAA mengatakan ia akan dilengkapi skrin OLED Full HD+ 6.55 inci dengan kadar segar semula yang tinggi namun kadar spesifiknya tidak diperincikan. Selain itu, ia turut dilengkapi bateri 4,500mAh dan sistem operasi Android 11 manakala ketebalannya pula adalah 8mm.

Sumber mengatakan ia mungkin akan dilengkapi cipset Snapdragon 870 atau Snapdragon 778G kerana sebuah telefon realme yang dilengkapi mana-mana cipset tersebut dijangka akan dilancar dalam masa terdekat.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version