Site icon TechNave BM

Telefon realme seterusnya akan dilengkapi bateri besar 6,000mAh

Sumber: Root My Galaxy

Nampaknya realme mungkin ingin menjadi raja dalam bidang bateri telefon pintar. Menurut sebuah pengiktirafan TUV (Technischer Überwachungsverein) di Eropah untuk produk yang diberi kod nama BLP793, ia mempunyai kapasiti bateri menghampiri 6,000mAh.

Kapasiti sebenarnya adalah 5,860mAh, jadi ia memang lebih besar daripada kebanyakan telefon dalam pasaran sekarang. Pada waktu ini, realme 6i adalah antara telefon realme terbaru dengan kapasiti bateri besar, sebanyak 5,000mAh.

Tentunya menarik untuk dilihat model realme yang manakah akan dilengkapi bateri besar ini. Besar kemungkinan ia akan disertakan dalam telefon kelas permulaan atau pertengahan dengan saiz yang lebih tebal sikit berbanding telefon sebelum ini.

Apakah pendapat anda tentang bateri 6,000mAh dalam telefon? Kongsikannya di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version