Site icon TechNave BM

Telefon siri HUAWEI nova 8 sah hadir dengan cas pantas 66W

HUAWEI dikhabarkan akan melancarkan telefon siri HUAWEI nova 8 tidak lama lagi. Dalam siri kali ini, HUAWEI dikatakan akan memperkenalkan tiga model telefon iaitu nova 8, nova 8 SE dan nova 8 Pro.

Terbaru, sebuah penyenaraian di agensi China menunjukkan bahawa kedua-dua model JSC-AN00 dan TN00 (merujuk kepada nova 8 dan 8 Pro) akan datang dengan pengecas model HW-110600C00 iaitu pengecas yang sama yang datang dengan Mate40 Pro. Ini bermakna kedua-dua model nova 8 akan dilengkapi dengan ciri pengecasan pantas 66W.

Untuk nova 8 SE pula, ia juga dikhabarkan akan menggunakan pengecas 66W. Ia juga akan hadir dengan dua pilihan cipset iaitu Dimensity 720 atau Dimensity 820U. Ia dijangka akan menggunakan skrin 6.53 inci OLED 60Hz yang menempatkan kamera hadapan 16MP. Pada bahagian belakang, ia menggunakan 4 tetapan kamera dengan kamera utama 64MP. nova 8 SE akan dilengkapi dengan bateri bersaiz 3,800mah.

Setakat ini, untuk spesifikasi nova 8 dan nova 8 Pro, ia dijangka akan hadir dengan skrin OLED 90hz untuk nova 8 dan OLED 120Hz untuk nova 8 Pro. Skrin ini akan dihasilkan oleh syarikat Visionox atau Tianma Microelectronics. Untuk cipset pula, nova 8 akan dilengkapi dengan Dimensity 820 manakala nova 8 Pro dengan Dimensity 1000+. 666Harga nova 8 dijangka sekitar CNY 3,299(~RM2047) manakala nova 8 Pro pada harga CNY 3,999 (~RM2482).

Lihat berita lepas mengenai siri HUAWEI nova 8 ini.

Nantikan berita lanjut mengenai telefon terbaru HUAWEI di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version