Site icon TechNave BM

Telefon Snapdragon 888 kuasai 10 tempat teratas dalam penanda aras AnTuTu

Perkhidmatan penanda aras (benchmark) telefon AnTuTu telah mengeluarkan senarai telefon pintar terbaik untuk bulan Mei dan setiap telefon dalam kategori andalan dilengkapi cipset Snapdragon 888. Ini menunjukkan bahawa cipset tersebut adalah lebih baik berbanding cipset andalan daripada jenama lain seperti Exynos 2100, Dimensity 1200 dan Kirin 1000.

Telefon-telefon gaming dan andalan lain menduduki pelbagai tempat dalam senarai ini, iaitu Black Shark 4 Pro, Red Magic 6 Pro, OnePlus 9 Pro, OPPO Find X3 Pro, vivo X60 Pro+, iQOO 7, OnePlus 9, ASUS ROG Phone 5, realme GT dan Mi 11 Ultra. AnTuTu juga mengatakan telefon OnePlus adalah lebih panas berbanding telefon-telefon lain dalam senarai ini.

Dalam kategori telefon kelas pertengahan pula, model cipset adalah lebih pelbagai daripada beberapa jenama termasuklah Qualcomm Snapdragon, MediaTek Dimensity dan Kirin. Sepuluh telefon terbaik adalah Mi 11 Lite 5G, Redmi 10X 5G, iQOO Z3, HUAWEI nova 8 Pro, HUAWEI nova 8, HONOR 30, HONOR X10, Redmi Note 9 Pro 5G, OPPO Reno5 5G dan Redmi Note 9 5G.

Mi 11 Lite 5G merupakan telefon pertama dengan cipset Snapdragon 780 yang baru dilancar, jadi senarai ini menunjukkan tahap prestasi cipset tersebut yang sangat cemerlang untuk peranti kategori pertengahan. Sungguh pun begitu, cipset yang agak lama seperti Snapdragon 768G, Kirin 820 dan Dimensity 820 masih menawarkan prestasi yang baik pada tahun ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version