Site icon TechNave BM

Telefon terkecil di dunia mula dijual! Boleh ambil gambar, main ‘game’, harga bermula ~RM303

Hari ini, Zanco Mobile Phone telah mula membuka pra-tempah untuk telefon terkecil di dunia, Zanco Tiny T2. Telefon 3G terkecil di dunia ini hanya sepanjang 6cm, lebar 3cm dan dengan ketebalan 1.65cm. Ia hadir dengan resolusi skrin 128 x 96 piksel dan hanya seringan 31g.

Zanco Tiny T2 dilengkapi bateri 500mAh yang mampu bertahan sehingga tujuh hari dalam mod bersedia. Konsep rekaan telefon ini adalah untuk membataskan interaksi internet yang tidak perlu dan hanya mengekalkan fungsi asas telefon.

Peranti ini hadir dengan skrin yang berwarna dan mampu mengambil gambar atau video. Namun, jumlah piksel pada kameranya hanya 0.3MP. Pengguna juga boleh memuat turun video ke dalam kad memori (menyokong sehingga 32GB) dan memainkannya melalui peranti ini.

Ia turut hadir dengan sokongan Bluetooth, memainkan muzik dan beberapa game bersaiz kecil. Anda boleh melihat maklumat lanjut mengenainya di pautan ini.

Menurut laman pra-tempahnya, ia dijual dengan harga bermula pada USD 75 (~RM303) dan USD 85 (~RM343). Telefon terkecil ini akan mula dipasarkan pada Februari 2021.

Adakah telefon kecil ini mempunyai peminatnya yang tersendiri? Beritahu pandangan anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CNMO

Exit mobile version