Site icon TechNave BM

Telefon vivo dengan Snapdragon 888 dikesan di GeekBench, markah tertinggi setakat ini

Semalam, Qualcomm telah mengumumkan cipset terbaru dari mereka iaitu Snapdragon 888 yang dibina di atas platform 5nm. Cipset ini akan digunakan oleh peranti flagship Android pada tahun hadapan dan ianya hadir dengan modem 5G bersepadu.

Selain dari Xiaomi, vivo juga menyatakan bahawa mereka akan melancarkan telefon flagship dengan cipset baru ini pada separa pertama 2021. Terbaru, sebuah telefon vivo dengan Snapdragon 888 telah dikesan di laman web penanda aras GeekBench.

Markah GeekBench untuk peranti vivo

Berdasarkan penyenaraian tersebut, telefon vivo tersebut dilengkapi dengan nombor model vivo V2056A dan ianya menggunakan cipset Snapdragon 888 dengan nama kod Lahaina.

Peranti tersebut bakal beroperasi di atas perisian Android 11 yang pastinya akan menggunakan antara muka terbaru vivo iaitu OriginOS. Ianya juga dilihat hadir dengan RAM 11GB.

Jika dibandingkan markah GeekBench untuk peranti vivo ini dengan peranti lain yang menggunakan Snapdragon 888, ianya adalah antara yang tertinggi dengan markah teras tunggal 1135 dan teras pelbagai 3681. Kalau dibandingkan dengan markah dari cipset Snapdragon 865, ianya hampir dua kali ganda lebih tinggi.

Markah GeekBench untuk Xiaomi Mi 11

Adakah anda teruja dengan peranti terbaru vivo yang dilengkapi cipset Snapdragon 888 ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version