Site icon TechNave BM

Telefon Xiaomi dengan Snapdragon 875 ditemui di Geekbench, mungkinkah Xiaomi Mi 11?

Qualcomm bakal melancarkan cipset flagship terbaru mereka, Snapdragon 875 pada 1 Disember ini dan sebelum pelancarannya, ciri-cirinya sudah pun tertiris di dalam talian. Terbaru, skor Geekbench oleh sebuah peranti Xiaomi telah tertiris dan ianya dilengkapi dengan cipset Snapdragon 875.

Peranti jenama Xiaomi ini hadir dengan nombor model M2012K11C yang dilengkapi dengan papan induk ‘Haydn’. Jika dikaji dengan lebih lanjut, ‘Haydn’ ini merujuk kepada Snapdragon 875 kerana ia menggunakan teras CPU Cortex-X1 2.84GHz, 3 teras Cortex-A78 2.42GHz dan 4 teras Cortex-A55 1.8Ghz. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan Adreno GPU 660.

Melihat kepada hasil ujian Geekbench ini, peranti Xiaomi dengan Snapdragon 875 ini datang dengan perisian Android 10. Ia juga dilihat hadir dengan RAM 5.02GB serta skor setinggi 1,105 untuk teras tunggal dan 3,512 untuk teras pelbagai. Cipset Snapdragon 875 dikatakan akan mempunyai peningkatan prestasi sebanyak 20% berbanding cipset Snapdragon 865.

Lihat artikel sebelum ini mengenai cipset Snapdragon 875.

Telefon Xiaomi dengan model M2012K11C ini dikhabarkan adalah peranti flagship Xiaomi Mi 11 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Adakah anda teruja dengan telefon Xiaomi dengan cipset terbaru Qualcomm ini? Komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version