Site icon TechNave BM

Telefon Xiaomi yang dilengkapi Snapdragon 870 dapat pengiktirafan TENAA

Telefon Xiaomi dengan nombor model 2112123AC tiba di TENAA (Telecommunication Equipment Network Acceptance Agency) untuk pensijilan. Peranti ini juga pernah dilihat muncul dalam pangkalan data CMIIT (China Ministry Industry and Information Technology). Kami berpendapat bahawa peranti ini adalah sebahagian daripada barisan Xiaomi 12 yang akan datang.

Mengikut penyenaraian TENAA, telefon ini menggunakan Snapdragon 870 SoC dan menyokong pengecasan pantas 67W. Menurut sumber yang terkenal, mereka percaya bahawa 2112123AC akan dikeluarkan di China manakala 2112123C akan dilancarkan di luar negara sebagai peranti berjenama Redmi.

Maklumat mengenai peranti ini terlalu sedikit namun kami pasti akan dapat lebih banyak maklumat untuk kami kongsikan kepada anda. Sementara itu, kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version