Site icon TechNave BM

Telegram akan perkenalkan kemudahan panggilan video secara berkumpulan

Telegram melaporkan bahawa aplikasi itu akan memperkenalkan kemudahan panggilan video secara berkumpulan pada tahun ini. Syarikat itu memberikan berita tersebut berikutan jumlah penggunanya yang telah mencecah lebih 400 juta baru-baru ini.

Telegram mengatakan bahawa pilihan yang terdapat dalam tangan pengguna untuk membuat panggilan video secara berkumpulan pada waktu ini tidak terlalu selamat. Ini mungkin merujuk kepada perisian Zoom di mana panggilan yang dibuat melaluinya dilaporkan sering digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kuarantin di seluruh dunia yang disebabkan oleh wabak COVID-19 menyaksikan peningkatan dalam penggunaan panggilan video untuk tujuan kerja dan sosial. Selepas perisian seperti Zoom meningkat, Google, Skype dan Facebook turut menyediakan perisian panggilan video mereka sendiri.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version