Site icon TechNave BM

Telegram lancarkan ciri “Stories”, tetapi hanya untuk pelanggan Premium

Aplikasi pemesejan popular Telegram baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka sedang mengusahakan ciri Stories. Kini, pengguna akhirnya boleh berkongsi Stories di Telegram tetapi ciri tersebut memerlukan langganan Premium buat masa ini.

Dengan Telegram Stories, pengguna dapat berkongsi foto dan video yang hilang selepas beberapa ketika. Walau bagaimanapun, Telegram cuba melakukan lebih daripada pesaingnya. Sebagai contoh, pengguna boleh memilih sama ada Stories akan tamat tempoh selepas 6, 12, 24 atau 48 jam. 

Kebanyakan aplikasi yang memiliki ciri Stories akan hilang selepas 24 jam. Telegram juga membenarkan pengguna membuat senarai dengan kenalan berbeza untuk setiap Stories. Stories yang tersedia di bahagian atas pada senarai sembang.

Untuk mendapatkan ciri Stories baharu, pastikan anda memuat turun versi terkini aplikasi Telegram yang tersedia di App Store dan Google Play Store . Langganan untuk Telegram Premium ialah RM16.90 sebulan manakala langganan tahunan ialah RM127.90.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan ciri baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version