Site icon TechNave BM

Telegram perkenal penyunting video, gambar beranimasi dan GIF dalam kemas kini baru

Dalam sebuah kemas kini semalam, aplikasi mesej Telegram memperkenalkan penyuntingan video dan pelekat (stickers) beranimasi ke dalam aplikasi tersebut. Telegram sudah pun mempunyai penyunting gambar dan kini pengguna boleh menyunting video juga.

Pengguna boleh melaraskan pelbagai aspek seperti keterangan (brightness), kepekatan warna (saturation) dan juga menconteng pada video yang disunting. Untuk suntingan yang mudah dan tepat, pengguna boleh zum ke dalam gambar atau video.

Telegram juga memperkenalkan pelekat beranimasi dan boleh menghasilkan gambar bergerak GIF. Ruang GIF dalam aplikasi tersebut juga kini datang dengan seksyen Trending untuk GIF yang paling popular di kalangan pengguna.

Untuk pengguna Android pula, mereka bakal mendapat pemain video yang telah diperbaiki, di mana video yang lebih pendek daripada 30 saat akan dimainkan secara berulangan (loop) dan butang-butang kawalan serta kapsyen akan diketepikan sebaik sahaja video dimainkan.

Adakah anda pengguna Telegram? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version