Site icon TechNave BM

Telegram perkenalkan fungsi panggilan video berkumpulan sehingga 30 orang

Aplikasi pemesejan terkenal Telegram telah memperkenalkan fungsi panggilan video dan ia boleh digunakan oleh pengguna iOS, Android dan komputer PC. Seperti kebanyakan perisian panggilan video yang lain, pengguna boleh membuat panggilan berkumpulan (conference call) bersama 30 peserta dan orang yang bercakap boleh diutamakan (pin) agar mukanya akan sentiasa terpapar dalam panggilan.

Walaupun bilangan peserta dalam sebuah panggilan video berkumpulan telah dihadkan kepada 30 orang, lebih ramai peserta boleh menyertai panggilan tersebut sebagai peserta audio sahaja. Telegram mengatakan had tersebut bakal dinaikkan dalam masa terdekat.

Khas untuk pengguna komputer dan tablet, antara muka Telegram (user interface) telah diperbaharui agar perisian itu boleh memanfaatkan saiz skrin yang besar dengan lebih baik. Pengguna boleh menetapkan jenis grid video dan melihat bilangan peserta pada masa yang sama.

Selain panggilan video, pengguna juga boleh berkongsi skrin (share screen), mengurangkan bunyi hingar (noise suppression) dan meletakkan latar belakang beranimasi (animated background) dalam mesej mereka.

Beritahu kami di Facebook jika kemas kini ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Telegram

Exit mobile version