Site icon TechNave BM

Telegram Premium bakal dilancar akhir bulan ini dengan beberapa ciri tambahan

Pada bulan lalu, terdapat khabar angin mengenai Telegram yang ingin melancarkan Telegram Premium berbayar dan CEO syarikat iaitu Pavel Durov telah mengesahkan perkara ini.

Telegram Premium akan dilancarkan sebelum akhir bulan ini. Ia masih mengekalkan ciri semasa yang percuma dan terdapat ciri tambahan baharu yang akan disediakan secara percuma.

Menurut Durov, Telegram Premium membolehkan pengguna memperoleh ciri, kelajuan dan sumber tambahan. Pengguna juga boleh menyertai kelab yang menerima ciri baharu terlebih dahulu di mana pengguna yang tidak melanggan Telegram Premium turut dapat menikmati beberapa ciri tambahan secara tidak langsung. 

Ciri-ciri yang ditambah termasuk melihat dokumen yang lebih besar, media dan pelekat Premium atau mengetik untuk menambah reaksi Premium. Pengumuman ini disiarkan di Telegram di mana Durov turut menyatakan perkhidmatan itu harus dibiayai oleh penggunanya dan bukan pengiklan.

Langkah ini adalah untuk memastikan pengguna kekal sebagai keutamaan pada masa hadapan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version