Site icon TechNave BM

Tempahan HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition Malaysia dibuka, harga bermula RM1,999

HUAWEI Malaysia mengumumkan bahawa HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition baharu telah tiba dalam pasaran Malaysia dengan harga RM1,999. Peranti ini akan tersedia untuk tempahan mulai sekarang hingga 29 Februari ini.

Baucar RM40 bakal diberikan kepada pembeli terawal pada laman rasmi HUAWEI, Shopee dan Lazada. Pembeli terawal juga akan menerima papan kekunci pintar, M-Pencil generasi kedua dan tetikus Bluetooth dengan jumlah keseluruhan RM1,147.

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition dilengkapi dengan skrin penuh 11.5 inci beresolusi 2.2K, kadar psegar semula 120Hz dan nisbah skrin-ke-badan 86%. Ia juga telah memperolehi Pensijilan Rheinland, Pensijilan Label Emas Kelesuan Visual Rendah SGS, Pensijilan Cahaya Biru Rendah Rheinland dan pensijilan bebas kelipan Rheinland.

Spesifikasi utama lain HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition ialah ia dilengkapi cipset Snapdragon 7 Gen 1, GPU Adreno 644, bateri 7,700mAh, kamera utama 13MP, kamera swafoto 8MP, menyokong Wi- Fi 6, empat pembesar suara yang dikuasakan oleh algoritma HUAWEI Histen 8.1 dan teknologi pengurangan hingar AI yang dibangunkan sendiri.

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition hadir dengan sistem HarmonyOS 3.1. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version