Site icon TechNave BM

Tempahan OPPO Find N6 di Malaysia kini dibuka dengan hadiah percuma RM2,297

OPPO bakal melancarkan telefon lipat mercu Find N6 di China pada 17 Mac ini. Find N6 tiba dengan teknologi Zero-Feel Crease yang direka untuk meminimumkan kesan lipatan pada skrin secara visual bagi memberikan paparan yang lebih rata dan lancar.

Ia merupakan antara peranti lipat jenis buku yang paling nipis di pasaran dan dilengkapi dengan sistem kamera Hasselblad Ultra-Clear 200MP. Peranti ini ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Stellar Titanium dan Blossom Orange. Varian Blossom Orange menampilkan kemasan Gold Hinge Trim yang menggunakan teknik penyaduran emas tulen pada bingkai titanium.

Selain itu, Find N6 turut menyokong penggunaan OPPO AI Pen sebagai alat produktiviti pintar untuk kegunaan skrin besar. Tempahan untuk peranti ini di Malaysia bermula dari 9 hingga 19 Mac 2026 dengan tawaran rebat tukar beli sebanyak RM500.

Pembeli awal berpeluang menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM2,297 yang merangkumi pilihan OPPO Watch S atau pembersih vakum robot LeFant M320 serta kit OPPO AI Pen. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version