Site icon TechNave BM

Tempahan PS5 di Malaysia hari pertama ‘laku keras’, peminat mula beratur jam 3 pagi!

Semalam, Sony Malaysia telah mengumumkan maklumat harga dan penjualan PlayStation 5 (PS5) secara rasmi di Malaysia. Sehubungan dengan itu, pra-tempah PS5 juga telah bermula hari ini (12 November 2020). Menurut sumber, tempahan PS5 di Malaysia dilihat laris ditempah, peminat dilapor mula beratur jam 3 pagi untuk menempahnya.

Di hari pertama pra-tempah PS5, ramai peminat dilihat berbaris untuk mendapatkan giliran menempah konsol gaming popular ini. Peminat mula beratur seawal jam 3 pagi di Sony Store IOI City Mall, manakala seawal 6 pagi di Sony Store KLCC.

Turut dilaporkan, pra-tempah secara dalam talian juga habis ditempah dalam masa sebentar sahaja. Untuk pra-tempah di kedai, staf Sony dilapor memberi nombor giliran dan setiap individu boleh menempah satu kuantiti PS5 sahaja.

Sepintas lalu, konsol ini dijual di Malaysia dengan harga RM1,869 untuk varian Digital Edition dan RM2,299 untuk varian Ultra HD Blu-Ray. Adakah anda sempat membuat pra-tempah? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: lowyat.net

Exit mobile version