Site icon TechNave BM

Tempahan siri OPPO Reno8 hingga 20 Julai 2022, nikmati diskaun dan hadiah percuma sehingga RM1,755

Anda pasti sudah mendengar berita mengenai keluaran OPPO Reno8 atau OPPO Reno8 Pro 5G. Anda boleh mula membuat pra-tempah untuk kedua-dua peranti ini bermula hari ini hingga 20 Julai 2022 secara eksklusif di Lazada.

Bayaran hanya RM100 untuk permulaan dan anda boleh nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM1,755 seperti OPPO Air2 Pro baharu, perlindungan kerosakan skrin OPPO Care untuk 1 Tahun yang bernilai RM199, My OPPO Members Privilege bernilai sehingga RM888 dan beg galas Marshall bernilai RM319. 

100 pembeli terawal sebelum sekurang-kurangnya pada 1.30 tengah hari, 21 Julai juga berhak menerima penghantaran pada hari berikutnya selepas pra-tempah rasmi bermula. Dengan ini, anda akan menjadi pembeli terawal yang menerima siri OPPO Reno8.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati diskaun PWP RM150 (Purchase-With-Purchase) bagi tablet OPPO Pad Air. Mereka yang menyertai pra-tempah terawal ini juga akan membawa pulang patung koleksi maskot comel OPPO, Ollie.

Siri OPPO Reno8 5G akan hadir dengan pemproses MariSilicon X NPU. OPPO Reno8 Pro bukan sahaja menyediakan video malam Ultra 4K, ia juga dilengkapi dengan sensor Sony Dual Flagship yang dinaik taraf memberikan imej potret cahaya rendah yang baik.

Lawati laman web rasmi OPPO untuk ketahui lebih lanjut mengenai siri OPPO Reno8. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version